Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hihi... Iye, kali ini saya menulis dalam Bahasa Melayu. Sebab saya rasa mungkin apa yang saya tulis pada kali ini mesejnya lagi mudah sampai kalau saya berbahasa dalam bahasa ibunda kan? Lagipun, saya dah tak nampak pula pembaca dari Geneva di statistik blog saya itu.
Mak aih, sopan pula gaya bahasa kali ni. Tak macam personaliti yang sebenar saya pun. Issokay, saya memang mempunya banyak personaliti pun. :3
Petang tadi, saya pergi menemani dua rakan sekerja melawat sebuah rumah. Katanya, penghuni rumah tersebut kematian suami dan tinggal bersama seorang anak kandung dan seorang anak tiri yang masing-masing masih kecil. Dijadikan cerita pula, anak tirinya (anak arwah suami) menghidapi leukimia dan perlu ke hospital sebulan atau dua bulan sekali.
Alhamdulillah, masih ada lagi ada ahli keluarga yang lain yang masih peduli akan mereka, kata kakak itu.
Kakak itu (yang saya tak tahu namanya, kerana saya hanya bertindak sebagai pemerhati saja), bekerja sebagai tea-lady di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan tak mencecah seribu ringgit. Tetapi saya bukan nak bercerita mengenai pendapatan dia atau hidup dia yang tak beraba nasib baik itu. Saya sedikit terharu dengan dia sebab dia sanggup jaga anak yang tiada hubungan darah dengan dia yang ada penyakit.
Bayangkanlah, berapa ramai yang sanggup berbuat demikian? Diri sendiri kudrat tak kuat mana, kerjanya pun gaji tak seberapa, kena jaga anak yang sakit yang boleh dikatakan tidak ada kena mengena dengan diri sendiri pula tu.
Credit from Nayzak's DeviantArt
Saya rasa bersyukur sangat-sangat, walaupun saya ini banyak sangat kekurangannya, saya masih lagi di kelilingi dengan insan-insan yang berhati mulia. Sekurang-kurangnya, apabila saya terfikir hendak berbuat jahat, saya akan teringat akan peristiwa sebegini dan membuatkan saya insaf kerana saya masih punya nikmat yang mereka tidak peroleh. InsyaAllah. :')
Sebelum kami berangkat pulang, dua orang kawan saya menhulurkan sedikit sumbangan kepada kakak itu, dengan harapan dapatlah kurangkan beban dia untuk beli susu anak atau belanja rumah. Saya berharap Allah akan mempermudahkan perjalan hidup kakak itu sekeluarga.
Semoga Allah juga mempermurahkan rezeki kepada dua orang kawan-kawan saya tu. Sebab diorang pun selalu belanja saya makan. :')
Saya tertanya-tanya, kalau perkara sedemikian berlaku kepada saya, boleh ke saya terima dengan redha atau pun sebaliknya?
...
Baiklah!
Esok saya akan berangkat ke kampung pagi-pagi buta kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. Haih, seorang lagi sepupu saya yang sudah tamat zaman bujangnya. :3
Doakan perjalanan saya selamat pergi dan selamat pulang. :)
Andai kata tak mendengar cerita daripada saya lebih daripada seminggu, sedekahkanlah al-Fatihah. Walaupun kita hanya orang asing.
Semoga Allah merahmati kalian, terima kasih kerana membaca. ;)

No comments:
Post a Comment