Thursday, December 12, 2013

Kronologi Pemergian Ayah Menemui Sang Pencipta

November 24, 2013

Dalam jam 11 pagi lebih kurang, aku dapat pesanan ringkas daripada adik lelaki yang mengatakan bahawa ayah tak berapa sihat. Masa tu aku masih di pejabat, dan aku beritahu adik yang aku akan gerak pulang jam 12.30 tengah hari.

Setibanya aku di rumah, aku terkejut kerana disambut oleh pakcik dan makcik aku. Mereka memberitahu bahawa ayah telah di bawa ke hospital dengan ambulans kurang lebih 10 minit sebelum aku sampai.

Aku segera bergegas ke HUKM bersama-sama pakcik aku dan isterinya. 

Dalam jam 2 petang, kami tiba. Ayah masih lagi berada di wad kecemasan. Kesemua kami, adik beradik serta saudara mara berasa resah kerana merasakan seakan begitu lama ayah berada di dalam wad. Untuk pengetahuan, ayah pernah masuk ke HUKM sebelum ni akibat serangan strok pada tahun 2010, tapi keadan beliau ketika itu tidak begitu teruk. Dan sekejap saja ayah dihantar ke wad rawatan yang biasa.

Kedengaran speaker hospital membuat pengumuman mencari si waris ayah dalam jam 4.30 petang, aku dan adik lelaki aku bergegas ke wad kecemasan mencari doktor yang yang merawat ayah.

"Ayah kamu masih sedar ketika sampai ke sini, tetapi terkena serangan jantung secara mengejut dalam perjalanan untuk membuat pemeriksaan otak. Jantung beliau berhenti, dan kami terpaksa menjalankan CPR selama 6 minit. Sekarang keadaan beliau masih tak stabil, dan kami akan beritahu kalau ada perkembangan selanjutnya."

Tiba-tiba aku rasa aku tak dapat hadam apa yang doktor katakan. Doktor membenarkan kami melawat ayah sebentar. Tanpa aku sedari, air mata aku mengalir deras. Badan ayah berselirat dengan segala macam wayar, dan ayah memerlukan bantuan ventilator untuk bernafas.

Aku keluar dari wad, untuk memberitahu keadaan ayah kepada saudar-mara yang menunggu. Setiap kali aku menerangkan keadaannya, setiap kali tu lah aku tersedu-sedu. Terasa sakit sangat hati bila melihat ayah dalam keadaan begitu. Terasa lemah, tak bermaya.

Jam 6 petang, ayah dihantar ke Unit Rawatan Jantung untuk pemerhatian doktor pakar dalam bidang itu. Doktor menerangkankan bahawa saluran darah ayah telah tersumbat dan menutupi saluran darah ke dua organ penting iaitu jantung dan otak, lalu menyebabkan jantung terhenti seketika 6 minit dan major stroke.
Ayah juga telah diberikan ubat pencair darah yang tinggi untuk menurunkan kadar tekanan darah.


November 25, 2013

Semasa ayah dalam pemerhatian, perut ayah dikatakan mempunyai pendarahan berdasarkan warna air kencing air ayah seakan 'coffee ground'. Doktor meminta izin untuk melakukan 'scope' untuk mengenal pasti punca pendarahan. 

Pendarahan dikatakan berlaku disebabkan ubat pencair darah yang tinggi dan faktor usia dimana perut ayah tak dapat tahan kesan daripada ubat tersebut.

Tekanan darah ayah tiba-tiba jatuh mendadak, dan sel darah merah ayah pun turut berkurang. Doktor meminta izin sekali lagi untuk memasukkan darah.

Doktor mengesahkan ayah memang mengalami strok yang teruk dan peluang untuk ayah sedarkan diri amat tipis serta menyarankan kami agar bersiap sedia.

Lagi sekali, dunia aku seakan gelap bila dengar doktor beritahu perkembangan itu.


November 27, 2013

Saluran darah ke otak ayah totally blocked. Darah langsung tidak sampai ke otak. Biasanya dalam 5 minit bila keadaan macam ini berlaku, otak akan kehilangan aktiviti dimana dalam istilah doktor, 'brain dead'. Mata ayah juga disuluh untuk mencari jikalau ada sedikit respon terhadap sensitivi cahaya. Malangya mata ayah malar, dan tidak bergerak.

Ayah juga masih menggunakan bantuan pernafasan dengan menggunakan mesin ventilator. Sekiranya ayah mampu bernafas sendiri, beliau akan berada dalam keaadan 'vegetative state' akibat 'brain dead' tadi.

Aku memang tak mampu nak kata apa apabila doktor menerangan keadaan ayah.

Kalau boleh aku rebah, memang dah lama aku rebah. Tetapi fikirkan adik-adik, terpaksa kuatkan juga semangat.

Disember 2, 2013

Kami adik-beradik serta pakcik dipanggil oleh doktor jam 3 petang. Profesor Asma, namanya datang bersama team doktor dan jururawat yang menjaga ayah aku bertemu kami.  Beliau dengan lembut menerangkan keadaan ayah. Dengan tenang memberitahu pilihan-pilihan yang kami ada. 

Beliau menerangkan adalah lebih baik membawa ayah pulang ke rumah kerana disitulah tempat ayah patut berada disamping keluarga di saat-saat akhirnya. Seperti yang dikatakan sebelum ni, keadaan mata ayah yang tak responsif terhadap cahaya, kematian aktiviti otak dan pernafasan ayah yang bergantung kepada mesin adalah tanda yang ayah sepatutnya pergi dengan cara yang baik. Kalau masih dibiarkan di hospital, ayah akan sentiasa di ambil darahnya. Dicucuk sana sini.

Kalau ditengok keadaan ayah, dari hari pertama ayah masuk sampai ke hari ini. Mata dan lidah ayah menjadi kering dan mata ayah telah mempunyai selaput dan kesan darah. Badan ayah menjadi bengkak. Kesan cucuk akibat ambil darah pun tak hilang.

Hati yang tabah pun boleh jadi remuk tengok keadaan ayah yang bukan saja makin tak pulih, malah makin teruk.

Kami sepakat untuk membawa ayah pulang keesokkan hari. Ini cara terbaik dan kami semua telah redha walaupun pahit untuk menelan haikatnya.

Disember 3, 2013

Seperti yang dijanjikan, semua orang bersiap sedia jam 7.30 pagi, semua orang termasuk pasukan polis peronda IPD Sentul, saudara mara di kampung, dan sahabat handai ayah.

Tapi atas sedikit salah faham dan sedikit karenah birokrasi, ayah discharge dari HUKM pada jam lebih kurang 4.30 petang.

Oleh kerana polisi HUKM tidak membenarkan mencabut ventilator, pakcik aku memohon untuk bwk pulang ayah dengan ambulans persendirian diiringi MPV kereta peroda IPD Sentul.

 Alhamdulillah, dengan bantuan kereta peronda, perjalanan yg biasanya memakan masa 1 jam setengah jadi 45 minit. Ayah selamat sampai di kampung lebih kurang 5.45 petang. Saudara mara juga dah ramai berkumpul waktu tu.

Selepas selesai uruskan tempat baring, lebih kurang 10 minit kemudian, staff nurse beritahu bahawa beliau akan cabut ventilator tu. Ketika itu hanya ada aku dan adik perempuan, sebab hanya kami berada di dlm kereta peronda dan ambulans. Saudara mara suruh bisik kalimah Allah sentiasa di telinga ayah. 

Tak terasa sungguh ketiadaan ayah kerana dia pergi secara senyap apabila ventilator dicabut. Sampai aku ditepuk oleh staff nurse utk beritahu ketiadaan ayah, dalam lebih kurang sebelum jam 6 petang. 

Alhamdulillah, senang je cara ayah pergi.

Segala bengkak di mata dan badan ayah juga turut surut sejam kemudian dan ayah kelihatan seperti sedang tidur dengan nyenyak.

Rasa tenang je lihat ayah dalam keadaan begitu.

Disember 4, 2013

Ayah telah selamat dikebumikan di tempat kelahiran beliau, Kampung Tali Air 3, Jalan Pantai Rasa Sayang, Sekinchan, Selangor pada jam 10 pagi.

Ayah bersemadi disamping kubur arwah atuk dan nenek.

Alhamdulillah sangat, semua urusan pengendalian jenazah ayah dilangsungkan dengan mudah. Walaupun pada ketika itu hujan sedang melimpahkan rahmatnya ke bumi Tuhan ini.


Al-Fatihah.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Terima kasih Tuhan, atas nikmat dan rahmat yang Kau pinjamkan seketika.
Terima kasih, kerana menjemput ayah dengan kasih sayang yang tak terperi,
Kau tutup aibnya, Kau permudahkan urusannya.

Semoga aku dipinjankan kekuatan yang sama seperti ayah,
untuk meneruskan kehidupan yang masih samar-samar hala tujunya.

Sesungguhnya Kau lah Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Saturday, September 28, 2013

Roads Untraveled

Weep not for roads untraveled
Weep not for paths left lone
Cause beyond every bend is a long blinding end
Its the worst kind of pain I've know

Give up your heart left broken.
And let that mistake pass on
Cause the love that you lost wasn't worth what it cost
And in time you'll be glad it's gone.

Weep not for roads untraveled
Weep not for sights unseen
May your love never end and if you need a friend,
there's a seat here along side me.

-Linkin Park

Sunday, September 1, 2013

Assalamualaikum w.b.t.,

Dulu punya berjanji akan update blog ni dengan lebih kerap. Tapi, janji tinggal janji.
Kalau dengan kawan-kawan pun, bosan dengan alasan aku, yang asyik sibuk memanjang.

As time goes by, many things have change.
Most of my peers getting married and some of them are expecting for baby soon.

And i still adjusting with my life.

Tapi takpe, Allah dah bagi bahagian kita masing-masing.
Tinggal kita je yang redha ke tak. Kan?


 

Blog Template by BloggerCandy.com